Sunday 26 August 2012

DIPERLUKAN DENGAN SEGERA .....

Kepada semua penyelaras LINUS di sekolah-sekolah yang masih ada pelajar LINUS dan TEGAR untuk Kohort 1 (Tahun 3) dan Kohort  2 (Tahun 2), tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki menyediakan maklumat peribadi pelajar-pelajar berkenaan.

Untuk tujuan itu sila "Klik" pada tajuk dokumen  di bawah untuk memuat-turun dokumen tersebut. Semua maklumat tersebut hendaklah dihantar ke alamat e-mel = linusppdtampin@gmail.com secepat mungkin. Kirimkan juga salinan dokumen yang telah dicetak ke Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Semua mesti sampai ke PPD Tampin sebelum 14 SEPTEMBER 2012

PROFIL MURID LINUS & TEGAR