Wednesday 16 January 2013

JADUAL SARINGAN LINUS 2013

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru. Berikut adalah tarikh-tarikh saringan LINUS bagi Tahun 2013 yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan. Pada tahun 2013, hanya dua saringan sahaja akan dijalankan kepada murid-murid Tahun 1(Kohort 4), Tahun 2(Kohort 3) dan Tahun 3(Kohort 2).

Saringan 1

Bacaan/Lisan = 11 Mac - 19 April 2013

Bertulis            = 22 April - 30 April 2013

Data                  = 6 Mei - 17 Mei 2013


Saringan 2

Bacaan/Lisan  = 2 September - 27 September 2013

Bertulis             = 30 September - 11 Oktober 2013

Data                   = 16 Oktober - 25 Oktober 2013 

Wednesday 21 November 2012

SEKALUNG TAHNIAH.....

Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pihak  yang terlibat  dalam menjayakan Program LINUS daerah Tampin  terutamanya guru-guru Tahap 1 kerana telah mencapai target 100% Perdana bagi  Kohort 1 2012. Diharapkan kerjasama yang dipupuk dapat diteruskan untuk menjana kecemerlangan bagi Kohort seterusnya.

Wednesday 10 October 2012

SELAMAT MENJALANKAN SARINGAN 3, 6 & 9

Kepada semua penyelaras LINUS,

Saringan 3, 6 & 9 Bertulis bagi Literasi dan Numerasi akan dijalankan pada 14 - 19 Oktober 2012.
Bagi semua murid tahun 1 (Kohort 3) dikehendaki menduduki Saringan 3.
Bagi murid Tahun 2 (Kohort 2) dan Tahun 3 (Kohort 1) HANYA murid tegar dan linus sahaja yang akan menduduki Saringan 6 dan Saringan 9.

Tarikh untuk memasukkan data ialah pada 22 Oktober - 2 November 2012.
Sekian untuk makluman dan tindakan.

Sunday 26 August 2012

DIPERLUKAN DENGAN SEGERA .....

Kepada semua penyelaras LINUS di sekolah-sekolah yang masih ada pelajar LINUS dan TEGAR untuk Kohort 1 (Tahun 3) dan Kohort  2 (Tahun 2), tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki menyediakan maklumat peribadi pelajar-pelajar berkenaan.

Untuk tujuan itu sila "Klik" pada tajuk dokumen  di bawah untuk memuat-turun dokumen tersebut. Semua maklumat tersebut hendaklah dihantar ke alamat e-mel = linusppdtampin@gmail.com secepat mungkin. Kirimkan juga salinan dokumen yang telah dicetak ke Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Semua mesti sampai ke PPD Tampin sebelum 14 SEPTEMBER 2012

PROFIL MURID LINUS & TEGAR





Sunday 8 July 2012

Saringan Bertulis 2 & 8

Salam Sejahtera kepada semua guru LINUS, Saringan Bertulis untuk Kohort 1 dan Kohort 3 akan dijalankan pada 15 hingga 20 JULAI 2012.
Target Negeri untuk Kohort 1 Saringan 8 adalah 100%. 


Bagi murid-murid Kohort 2 mereka tidak akan meduduki Saringan 5 kerana mereka telah menduduki Saringan Khas baru-baru ini.

Tempoh untuk memasukkan data ialah pada 23 JULAI 2012 hingga 3 OGOS 2012.

Harap maklum.

Friday 15 June 2012

Saringan 8 (K1) dan Saringan 2 (K3)

Saringan 8 Lisan untuk Kohort 1 (Tahun 3) dan Saringan 2 Lisan untuk Kohort 3 (Tahun 1) perlu dijalankan bermula 17 JUN 2012 hingga 13 JULAI 2012.

Bagi murid-murid Kohort 1 (Tahun 3) hanya murid--murid masih LINUS sahaja akan menduduki Saringan 8 ini. Bagi murid-murid Kohort 3 ( Tahun 1) kesemua murid akan menduduki Saringan 2 dan juga saringan-saringan seterusnya.

Selamat Menjalankan Saringan Lisan.

Monday 7 May 2012

SARINGAN KHAS LINUS UNTUK KOHORT 2

Salam Sejahtera......
Saringan Khas LINUS untuk Kohort 2 akan diadakan pada tarikh 13 hingga 18 Mei 2012. Untuk semua sekolah di daerah Tampin, Saringan Khas itu mesti dijalankan pada 15 Mei 2012 ini.
Tarikh untuk memasukkan data ke laman sesawang SAPS ialah dari 21 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.
Sila hantar salinan data yang telah disahkan ke PPD untuk tujuan analisa. 
Sekian untuk makluman.