Monday 26 March 2012

TERKINI - TATACARA PELAKSANAAN SARINGAN LINUS

Berdasarkan surat kementerian bernombor KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(1) bertarikh 23 Mac 2012 untuk murid-murid Kohort 3 (Tahun 1 - 2012) semua murid ini dikehendaki menguasai sehingga konstruk 12 barulah mereka dikelompokkan sebagai murid Perdana.
Selain itu, semua murid (Linus Tegar, Linus & Perdana) akan menduduki setiap saringan yang dijalankan sepanjang persekolahan Tahap Satu (sehingga Tahun 3).
Manakala murid-murid Kohort 1 & 2 akan terus mengikuti tatacara biasa tetapi perlu menduduki satu Saringan Khas.

*Muat turun surat tersebut daripada Portal NKRA*

Saturday 10 March 2012

SARINGAN KHAS UNTUK MURID KOHORT 1

Semua murid Linus akan menjalani Saringan 1 dan Saringan 4 secara bertulis pada 1 - 6 April 2012. Bagi murid-murid Kohort 1 (Tahun Tiga), SEMUA MURID akan menduduki SATU SARINGAN KHAS secara bertulis.

Sekilas info tentang Saringan Khas - Kohort 1

-  dijalankan seperti peperiksaan biasa. (murid menjawab sendiri tanpa bantuan
   guru) Guru  cuma membacakan arahan sahaja.
-  masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.
-  terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh murid-murid.
-  SEMUA murid terlibat dengan saringan khas ini. (Perdana & Linus)
-  penyusunan bilik darjah seperti peperiksaan biasa