Wednesday 21 November 2012

SEKALUNG TAHNIAH.....

Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pihak  yang terlibat  dalam menjayakan Program LINUS daerah Tampin  terutamanya guru-guru Tahap 1 kerana telah mencapai target 100% Perdana bagi  Kohort 1 2012. Diharapkan kerjasama yang dipupuk dapat diteruskan untuk menjana kecemerlangan bagi Kohort seterusnya.

Wednesday 10 October 2012

SELAMAT MENJALANKAN SARINGAN 3, 6 & 9

Kepada semua penyelaras LINUS,

Saringan 3, 6 & 9 Bertulis bagi Literasi dan Numerasi akan dijalankan pada 14 - 19 Oktober 2012.
Bagi semua murid tahun 1 (Kohort 3) dikehendaki menduduki Saringan 3.
Bagi murid Tahun 2 (Kohort 2) dan Tahun 3 (Kohort 1) HANYA murid tegar dan linus sahaja yang akan menduduki Saringan 6 dan Saringan 9.

Tarikh untuk memasukkan data ialah pada 22 Oktober - 2 November 2012.
Sekian untuk makluman dan tindakan.

Sunday 26 August 2012

DIPERLUKAN DENGAN SEGERA .....

Kepada semua penyelaras LINUS di sekolah-sekolah yang masih ada pelajar LINUS dan TEGAR untuk Kohort 1 (Tahun 3) dan Kohort  2 (Tahun 2), tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki menyediakan maklumat peribadi pelajar-pelajar berkenaan.

Untuk tujuan itu sila "Klik" pada tajuk dokumen  di bawah untuk memuat-turun dokumen tersebut. Semua maklumat tersebut hendaklah dihantar ke alamat e-mel = linusppdtampin@gmail.com secepat mungkin. Kirimkan juga salinan dokumen yang telah dicetak ke Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Semua mesti sampai ke PPD Tampin sebelum 14 SEPTEMBER 2012

PROFIL MURID LINUS & TEGAR





Sunday 8 July 2012

Saringan Bertulis 2 & 8

Salam Sejahtera kepada semua guru LINUS, Saringan Bertulis untuk Kohort 1 dan Kohort 3 akan dijalankan pada 15 hingga 20 JULAI 2012.
Target Negeri untuk Kohort 1 Saringan 8 adalah 100%. 


Bagi murid-murid Kohort 2 mereka tidak akan meduduki Saringan 5 kerana mereka telah menduduki Saringan Khas baru-baru ini.

Tempoh untuk memasukkan data ialah pada 23 JULAI 2012 hingga 3 OGOS 2012.

Harap maklum.

Friday 15 June 2012

Saringan 8 (K1) dan Saringan 2 (K3)

Saringan 8 Lisan untuk Kohort 1 (Tahun 3) dan Saringan 2 Lisan untuk Kohort 3 (Tahun 1) perlu dijalankan bermula 17 JUN 2012 hingga 13 JULAI 2012.

Bagi murid-murid Kohort 1 (Tahun 3) hanya murid--murid masih LINUS sahaja akan menduduki Saringan 8 ini. Bagi murid-murid Kohort 3 ( Tahun 1) kesemua murid akan menduduki Saringan 2 dan juga saringan-saringan seterusnya.

Selamat Menjalankan Saringan Lisan.

Monday 7 May 2012

SARINGAN KHAS LINUS UNTUK KOHORT 2

Salam Sejahtera......
Saringan Khas LINUS untuk Kohort 2 akan diadakan pada tarikh 13 hingga 18 Mei 2012. Untuk semua sekolah di daerah Tampin, Saringan Khas itu mesti dijalankan pada 15 Mei 2012 ini.
Tarikh untuk memasukkan data ke laman sesawang SAPS ialah dari 21 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.
Sila hantar salinan data yang telah disahkan ke PPD untuk tujuan analisa. 
Sekian untuk makluman.


Tuesday 17 April 2012

KEPUTUSAN SARINGAN 1, 4 DAN SARINGAN KHAS

Salam Sejahtera,
Kepada semua penyelaras LINUS, sila kemaskini keputusan saringan di laman-laman sesawang berkaitan iaitu Saringan 1 dan 4 di laman NKRA manakala Saringan Khas di laman sesawang SAPS sebelum 27 APRIL 2012.
Selepas itu, satu salinan keputusan setiap saringan berkenaan hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah  untuk tujuan analisa.
Sila hantar keputusan saringan tersebut secepat mungkin.
Harap maklum.

Wednesday 11 April 2012

Saringan Khas LINUS Kohort 1

Salam Sejahtera.....
Perhatian untuk semua penyelaras Linus, tuan-tuan dan puan-puan telahpun menjalankan Saringan Khas LINUS untuk Kohort 1 baru-baru ini. Untuk pengetahuan, markah lulus bagi murid-murid yang menduduki saringan tersebut ialah 16/20 bagi kedua-dua Literasi dan Numerasi. Ianya tidak terikat kepada mana-mana konstruk dan berdasarkan markah keseluruhan sahaja.

Monday 26 March 2012

TERKINI - TATACARA PELAKSANAAN SARINGAN LINUS

Berdasarkan surat kementerian bernombor KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(1) bertarikh 23 Mac 2012 untuk murid-murid Kohort 3 (Tahun 1 - 2012) semua murid ini dikehendaki menguasai sehingga konstruk 12 barulah mereka dikelompokkan sebagai murid Perdana.
Selain itu, semua murid (Linus Tegar, Linus & Perdana) akan menduduki setiap saringan yang dijalankan sepanjang persekolahan Tahap Satu (sehingga Tahun 3).
Manakala murid-murid Kohort 1 & 2 akan terus mengikuti tatacara biasa tetapi perlu menduduki satu Saringan Khas.

*Muat turun surat tersebut daripada Portal NKRA*

Saturday 10 March 2012

SARINGAN KHAS UNTUK MURID KOHORT 1

Semua murid Linus akan menjalani Saringan 1 dan Saringan 4 secara bertulis pada 1 - 6 April 2012. Bagi murid-murid Kohort 1 (Tahun Tiga), SEMUA MURID akan menduduki SATU SARINGAN KHAS secara bertulis.

Sekilas info tentang Saringan Khas - Kohort 1

-  dijalankan seperti peperiksaan biasa. (murid menjawab sendiri tanpa bantuan
   guru) Guru  cuma membacakan arahan sahaja.
-  masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.
-  terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh murid-murid.
-  SEMUA murid terlibat dengan saringan khas ini. (Perdana & Linus)
-  penyusunan bilik darjah seperti peperiksaan biasa

Thursday 9 February 2012

JADUAL PERLAKSANAAN SARINGAN LINUS

Berikut adalah jadual perlaksanaan Saringan Program LINUS bagi tahun 2012.


AKTIVITI



SARINGAN 1 , 4 DAN SARINGAN 7
SARINGAN 2, 5 DAN SARINGAN 8
SARINGAN 3, 6 DAN SARINGAN 9
Saringan Membaca
26 Februari – 30 Mac
17 Jun – 13 Julai
23 Sept – 12 Okt
Saringan Menulis
1 April – 6 April

15 Julai – 20 Julai
14 Okt - 19 Okt
Memasukkan Data Saringan
9 April – 20 April
23 Julai – 3 Ogos
22 Okt – 9 Nov